USK 1042 PHILOSOPHY SEMESTER FEBRURY SESSION 2017/2018 TUGASAN ESSEI NAME OF LECTURER

USK 1042
PHILOSOPHY
SEMESTER FEBRURY
SESSION 2017/2018
TUGASAN ESSEI
NAME OF LECTURER: Dr. Mohd Kamil Bin Ahmad
LECTURE GROUP: PC 6
Group Members Matric No. Remark(s)
BONG SHWU CHING A16A1260 CHIN SZE KHIM A16A1267 LIM JEE SEAN A16A0301 LIM MAY ENG A16A0305 NG WAI WAI A16A1316 TIAW JING LIN A16A1098 ISI KANDUNGAN
TOC o "1-3" h u HYPERLINK l _Toc7393 1.0 Pengenalan Khusus PAGEREF _Toc7393 1
HYPERLINK l _Toc11963 1.1 Objektif Khursus PAGEREF _Toc11963 2
HYPERLINK l _Toc25309 3.0 Kesesuaian Khusus PAGEREF _Toc25309 5
HYPERLINK l _Toc29466 4.0 Kesan Khusus PAGEREF _Toc29466 7
HYPERLINK l _Toc16232 5.0 Penambahbaikan Khusus PAGEREF _Toc16232 9
HYPERLINK l _Toc6816 6.0 Rumusan PAGEREF _Toc6816 11
HYPERLINK l _Toc25341 7.0 Rujukan PAGEREF _Toc25341 12

Pengenalan KhususMikroekonomi merupakan satu cabang ekonomi yang mengkaji sikap seseorang individu dan sesuatu organisasi untuk membuat keputusan dalam pembahagian sumber terhad dan interaksi antara individu dan organisasi. Satu objektif mikroekonomi adalah untuk menganalisa mekanisma pasaran yang menubuhkan harga relatif antara produk dan servis dan pembahagian sumber terhad antara penggunaan alternatif. Mikroekonomi juga menunjukkan keadaan di mana pasaran bebas membawa kepada pembahagian yang diingini. Ia juga menganalisis kegagalan pasaran di mana pasaran yang gagal mengeluarkan keputusan yang efisien.
Kami telah mengetahui bahawa bidang perniagaan dan keusahawanan adalah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Dengan ini, sebagai pelajar keusahawanan, kemahiran dan kefahaman tentang bagaimana ekonomi negara berjalan adalah amat penting. Jika komuniti negara sendiri tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang keadaan ekonomi dan mengambil tindakan penyelesaian akan mendorong kepada keadaan yang mungkin memusnakan seluruh negara. Oleh itu, secara tidak langsung, mikroekonomi menjadi asas kepada pemahaman pelajar tentang apa yang perlu dinilai dalam usaha menembusi pasaran dunia luar.
Dalam kajian ini, kami ingin mengkaji tentang subjek mikroekonomi dari segi kerelevanannya dengan bidang pengajian dan pengkhususan pelajar dalam kursus SAK dan SAL. Kami akan mengkaji juga kebaikan yang diberi, keseseuaiannya dengan kursus pelajar, penambahbaikan yang perlu diambil atau boleh dilakukan, dan juga kesannya terhadap pelajar. Kajian ini adalah penting bagi menganalisis keseluruhan dan juga kepentingan subjek ini.

Secara keseluruhannya, kesesuaian sesuatu sukatan dan subjeknya penting bagi memastikan pelajar tidak salah faham terhadap konsep dan maklumat yang hendak disampaikan oleh subjek tersebut. Sekiranya sukatan dan skop pembelajaran tidak memenuhi kerelevanan subjek tersebut, maka pelajar akan gagal untuk mempratikkan ilmu yang sepatutnya dipelajari.
Objektif KhursusObjektif mempelajari subjek Mikroekonomi adalah untuk membolehkan pelajar mencapai beberapa aspek positif. Antaranya ialah untuk memberi kepastian kepada pelajar-pelajar lebih memahami konsep dan prinsip ekonomi bagi mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian khususnya sebagai seorang pengguna.

Selain itu, subjek ini memberi peluang kepada pelajar dalam memupuk dan mengembangkan minat mereka di dalam khusus ini. Apabila mereka mempunyai minat terhadap subjek ini, mereka akan lebih terdedah kepada fenomena ekonomi Negara masa kini. Mereka juga dapat mengenalpasti sesuatu isu ekonomi disamping dapat meningkatkan keprihatin terhadap masalah dan isu semasa yang berkaitan dengan ekonomi samaada didalam atau diluar Negara.
2.0 Manfaat Khusus
Mikroekonomi mendatangkan kebaikan yang sangat ketara dalam arus ekonomi. Mikroekonomi ialah teori ekonomi yang mempelajari kelakuan pengguna dan pengeluar serta kerajaan. Kebaikan mikroekonomi dapat dilihat dengan jelas dalam kehidupan seharian. Mikroekonomi lebih digunakan dalam ruang lingkup sempit atau individu, rumah tangga, firma, dan kerajaan.
Terdapat banyak kebaikan yang kita perolehi jika kita belajar subjek Mikroekonomi. Antara kebaikan belajar subjek Mikroekonomi ialah:
Merumuskan kebijakan ekonomi
Arus perekonomian setiap tahun adalah tidak stabil. Teori ini dapat menolong kita untuk menganalisis kebijakan pemerintah dalam mempengaruhi perekonomian negara. Teori ini juga dapat mempelajari tentang cara bagaimana dapat mempengaruhi ekonomi dari segi harga, upah, dan peruntukan sumber dana.
Mengetahui dasar untuk membuat ramalan.

Selain itu, kebaikan belajar Mikroekonomi ialah dapat membantu dalam membuat ramalan, Kita dapat meramal tentang trend ekonomi negara kita dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, kita dapat meramal harga barang dalam pasaran di Malaysia. Hal ini kerana kita tahu bahawa harga barang naik apabila permintaan banyak dan harga barang turun apabila permintaan terhadap barang tersebut sedikit. Teori ini penting untuk pengguna dan pengeluar kerana pengguna perlu tahu sebab harga pasaran naik dan pengeluar perlu memahami bila masa mereka dapat meningkatkan harga supaya mereka dapat untung secara maksimum.
Memeriksa syarat kemakmuran perekonomian
Seterusnya, kebaikan ini sangat berguna untuk memahami seberapa banyak kekayaan ekonomi yang dimiliki. Melalui teori Mikroekonomi yang kita pelajari, kita dapat mengira berapa keuntungan dan kerugian yang akan kita dapat. Setiap individu dapat mempelajari langkah yang perlu dijalankan dalam memperuntukkan sumber dana dengan kaedah ini. Kita dapat mengetahui bahawa adakah sumber ekonomi diaplikasi dengan sepenuhnya untuk dapat keuntungan yang maksimum. Kita juga tahu tentang cara menganalisis tahap kecekapan menggunakan sumber ekonomi sepenuhnya dalam sesebuah firma dan akibat kegagalan kecekapan tersebut akan menyebabkan pengganguran ataupun pembaziran sumber.

Mempelajari tentang aliran barang dan perkhidmatan
Aliran barang dan perkhidmatan ialah keadaan yang sering berlaku dalam proses ekonomi harian, khususnya bagi individu sebagai pengeluar. Aliran kewangan dan aliran fizikal yang berlaku antara isi rumah, firma, dan kerajaan. Teori ini dapat membantu bagaimana tempoh yang tepat untuk mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Ia juga membantu menyalurkan wang daripada isi rumah kepada firma atau kerajaan dan menyalurkan wang daripada kerajaan kepada firma atau isi rumah. Ketiga-tiga itu mempunyai hubungan yang sangat erat dan memberi impak kepada ekonomi Malaysia. Teori yang ada juga dapat digunakan sebagai strategi pengagihan supaya kecekapan pengagihan tersebut dapat dicapai. Jika pengagihan barang dan perkhidmatan atau penyaluran wang tidak cekap dan seimbang, ekonomi negara kita akan meleset.
Mempelajari cara membentuk harga
Bagi pengguna mungkin tidak memperdulikan hal ini, tetapi ia berbeza bagi pengeluar. Melalui proses ekonomi semua harga dapat terbentuk, terutama untuk barang dan perkhidmatan. Melalui Mikroekonomi, seorang pengeluar mempunyai hak untuk menetapkan harga yang dikeluarkan. Seorang pengeluar perlu mengerti ruang lingkup mikro ekonomi untuk mendapatkan harga yang tepat. Hal itu juga berdasarkan permintaan dan penawaran pasaran. Ini merupakan langkah awal pengeluar untuk menyesuaikan antara pembelian dan penjualan supaya memperolehi keuntungan yang maksimum. Namun begitu, harga juga perlu berpatutan dan pada tahap yang masih boleh diterima oleh rakyat supaya mereka masih berkemampuan untuk beli barang atau perkhidmatan tersebut.
Mempelajari kaedah dalam memperuntukkan dana
Akhir sekali, proses ekonomi masih dijalankan dalam kehidupan harian. Kadang kadang, masih ramai pengguna yang tidak tahu kaedah untuk memperuntukkan dana mereka, sehingga tidak mendapatkan kepuasan secara maksimum. Hal ini akan menyebabkan mereka mengunakan wang sewenang-wenangnya dan tidak berfikir tentang cara untuk menjana wang tersebut. Mikroekonomi dapat membantu pengguna dalam memperuntukkan dana harian. Selain pengguna boleh mengurus kewangan mereka untuk mendapatkan keuntungan, pengguna juga boleh mendapatkan kepuasan secara maksimum. Dengan belajar Mikroekonomi, individu tahu macam mana mengagihkan wang mereka dan menggunakan wang mereka dengan betul. Individu dapat mengetahui cara untuk melabur supaya wang atau asset mereka dapat ditambah nilai pada masa depan.

3.0 Kesesuaian Khusus
Kandungan di dalam sesuatu subjek adalah amat penting untuk memastikan apa yang hendak disampaikan sama ada kandungan subjek yang dipilih adalah disampaikan dengan tepat dan berkesan. Dalam kajian ini, kami memilih subjek Mikroekonomi untuk mengkaji samaada isi kandungannya sesuai dengan objektif kursus tersebut.
Daripada hasil kajian kami, silibus yang dipilih dalam Mikroekonomi adalah sesuai bagi diri sendiri pelajar dan juga bidang khusus yang diambil. Isi kandungannya merangkumi tajuk-tajuk penting seperti permintaan dan pembekalan (demand and supply), elasticity, teori pengeluaran (production theory), dan sebagainya di mana ia adalah amat penting untuk pelajar memahami asas-asas ekonomi terutamanya pelajar khusus dalam bidang perniagaan. Ia membantu pelajar untuk menganalisa permintaan pasaran dan bagaimana untuk memuaskannya. Selain itu, tajuk-tajuk yang dipilih turut mendorong pelajar keusahawanan untuk melihat trend pasaran dengan asas-asas ekonomi yang dipelajari. Tidak dapat dinafikan bahawa subjek ini adalah penting kerana ia membantu pelajar menyesuaikan diri dengan konteks asas ekonomi sebelum menerima konsep yang lebih kompleks dan sukar.

Kesesuaian subjek dan kerelevanannya adalah dinilai dari segi tajuk dan subtopiknya, latihan pembelajaran serta hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh pelajar sama ada berkesan atau tidak berkesan.

Subjek ini adalah amat sesuai untuk pelajar lebih mengenal pasti keadaan dan masalah yang akan berlaku di pasaran luar. Hal ini adalah disebabkan subjek ini bukan sahaja menerangkan teori tetapi juga membekalkan contoh-contoh keadaan, masalah dan cara penyelesaian yang benar berlaku di pasaran. Ini akan memberikan pelajar satu bayangan tentang dunia perniagaan yang sebenarnya.
Pembelajaran subjek ini adalah sesuai untuk membantu pelajar dalam menganalisis pasaran dari segi kehendak dan keperluan pelanggan terhadap produk dan servis yang dibekalkan, dan harga. Selain itu, ia juga memberi pelajar kesedaran tentang kepentingan bekalan yang mencukupi untuk mendominasi pasaran. Sebagai contoh, kelok kehendak dan bekalan memberi pelajar satu bayangan tentang hubungan di antara harga dan bagaimana ia memberi kesan terhadap permintaan pelanggan, dan juga kuantiti bekalan yang perlu dikeluarkan untuk memuaskan permintaan tersebut dan seterusnya mengisi pasaran dengan lebih efektif dan efisien.
Di samping itu, mikroekonomi juga dikatakan sesuai bagi pembelajaran seseorang pelajar untuk membantu mereka lebih memahami keadaan ekonomi pelbagai bidang dalam Malaysia supaya mereka dapat menyumbangkan ilmu pengetahuan, kemahiran seperti kemahiran membuat keputusan bagi meningkatkan tahap ekonomi negara ke arah yang lebih baik selepas graduasi.
Justeru itu, sukatan mikroekonomi telah disukat kepada tahap yang lebih sesuai dengan aras pemahaman pelajar ketika itu. Bukan sahaja terma perkataan yang digunakan mudah difahami, tetapi ia juga padat. Huraian tentang nota juga mudah difahami dan banyak membantu pelajar berfikir secara meluas dan membuka minda pelajar untuk berfikir dengan lebih banyak tentang Mikroekonomi tersebut. Oleh itu, pelajar dapat memahami apa yang hendak disampaikan dengan mudah. Secara tidak langsungnya, kesesuaian yang diambil kira ini turut menambah minat pelajar terhadap subjek ini.

Silibus subjek Mikroekonomi juga dikatakan adalah sesuai kerana subjek ini adalah asas terhadap pelajar untuk lebih memahami tentang apa itu ekonomi negara sebenar sebelum memahami tentang ekonomi seluruh dunia iaitu Makroekonomi. Sebelum ke arah yang lebih kompleks, pelajar didorong untuk berlajar subjek Mikroekonomi terlebih dahulu supaya mempunyai bayangan asas.
Sebenarnya, di peringkat sekolah menengah, pelajar telahpun sudah menerima pembelajaran asas ekonomi bagi pelajar dari aliran keusahawanan. Dengan ini bolehlah kita tahu kesesuaian sebenar sunjek ini terhadap pelajar mahupun pembelajaran. Kesesuaian ini dilihat dari segi kepentingannya dan ilmu yang dapat dipraktikkan oleh pelajar dalam dunia perniagaan sebenar.

Tahap kesesuaian subjek Mikroekonomi dikatakan adalah tinggi kerana kebanyakkan silibus dalam subjek Mikroekonomi telah ditulis oleh karyawan yang mempunyai pengalaman yang benar dilalui, ilmu pengetahuan yang lebih tinggi dan mendalam serta melakukan perbincangan sebelum menghasilkan karya yang lebih membantu meningkatkan tahap kefahaman pelajar dengan lebih baik.
Kesimpulannya, sukatan subjek mikroekonomi adalah dikatakan sesuai dengan kursus yang diceburi oleh pelajar kerana ia bukan sahaja memberikan pendedahan tentang asas-asas ekonomi yang penting, tetapi ia juga memberikan pelajar tentang bayangan yang realistik terhadap ekonomi luar. Sukatan pembelajaran kini bukan sahaja tertumpu terhadap teori tetapi juga tentang keadaan sebenar dunia perniagaan dan ekonomi negara sendiri.
4.0 Kesan KhususSecara umumnya, ekonomi merupakan bagaimana manusia membuat keputusan dalam kehidupan seharian apabila berhadapan dengan sumber yang terhad sedangkan keinginan setiap manusia adalah tidak terhad. Antara kesan daripada pembelajaran subjek Mikroekonomi terhadap pelajar adalah:
Mengapilikasikan konsep ekonomi yang telah dipelajari
Sebagai contoh, konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas ialah sesuatu yang diamalkan oleh setiap pelajar dalam aktiviti harian. Hal ini boleh dibuktikan apabila sumber kewangan seseorang pelajar adalah amat terhad dan terpaksa membuat pilihan berdasarkan keutamaan semasa berbelanja. Perbelanjaan yang terpaksa dilepaskan itu dikenali sebagai kos lepas. Dengan ini, pelajar akan memahami kepentingan wang dan akan membuat perbelanjaan dengan lebih rasional. Pada masa yang sama, pelajar tidak akan membelanjakan wang atas perkara yang kurang penting atau tidak bermanfaat.
Memahami budaya orang lain
Kita juga mampu kenal-mengenal budaya orang lain melalui pembelajaran mikroekonomi. Apabila pelajar didedahkan dengan mikroekonomi, secara amnya terdapat banyak nilai murni yang terkandung dalam subjek ini. Pelajar dapat bergaul dengan individu pelbagai kaum dan budaya akan mewujudkan perpaduan dalam kalangan individu lain. Pelajaran mikroekonomi akan membantu pelajar memainkan peranan yang penting bagi memastikan setiap individu dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengguna, pengeluar dan masyarakat yang adil dan bijaksana untuk kemajuan ekonomi negara Malaysia. Dengan ini, universiti akan melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran kelas pertama.
Kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik
Seterusnya, pembelajaran mikroekonomi juga membolehkan pelajar menguasai kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Mikroekonomi merupakan subjek yang menghubungkaitkan banyak kemahiran seperti memahami konsep, mengira, melakar keluk dan mengaplikasikan teori yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Subjek ini adalah berbeza dengan subjek yang berasaskan pengurusan yang lain. Hal ini kerana mikroekonomi adalah berkaitan dengan analisa dan pemilkiran kritikal. Subjek ini bukan sahaja memerlukan kemahiran dalam pengiraan, malah pelajar juga perlu bijak memahami dan mengaplikasikan teori serta kemahiran untuk melakar dan menghuraikan keluk.
Kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat
Kesan yang lain adalah dapat mengurus, memilih dan menganalisis maklumat. Sukatan subjek mikroekonomi memerlukan pelajar mempunyai kemahiran untuk mengurus, memilih dan menganalisis maklumat. Hal ini kerana pelajar perlu mengurus sumber ekonomi sumber ekonomi yang sedia ada terhadap permintaan barang. Selain itu, pelajar perlu memilih factor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan menganalisis maklumat terhadap permintaan. Sebagai contoh persaingan, pelajar perlu mahir manganalisis maklumat pesaing dengan tepat agar barang yang dihasilkan lebih berkualiti dan mempunyai harga yang berpatutan daripada pesaing. Dengan kemahiran ini, perkembangan pemikiran pelajar dari aspek intelek, rohani dan jasmani dapat meningkat pada kadar seimbang. Apabila tiga kemahiran ini dikuasai, pelajar akan memperoleh satu perkembangan intelek yang sejajar dengan perkembangan ekonomi negara.
Kemahiran menyelesai masalah
Kesan yang seterusnya merupakan penguasaan kemahiran menyelesai masalah. Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran. Penyelesaian masalah boleh ditakrifkan sebagai satu proses kognitif yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta pengawalan kemahiran yang lebih rutin atau asas (Goldstein & Levin, 1987). Penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pelajar membuat andaian dan hipotesis. Kemahiran ini memerlukan pelajar untuk berfikir secara terbuka dan kehadapan, tenang dan memerlukan penumpuan yang penuh terhadap andaian yang akan dibuat. Andaian tersebut perlulah efektif dengan sumber yang ada. Dengan ini, pelajar akan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memikirkan cara yang terbaik dalam pelbagai situasi dan menghasilkan pendekatan yang kreatif dan berguna dalam keseimbangan perkembangan.
5.0 Penambahbaikan KhususSetiap kursus dalam pembelajaran dan pengkhususan pelajar mestilah mempunyai penambahbaikan dalam kursus tersebut. Hal ini kerana ia dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar dalam kursus yang diambil oleh setiap pelajar. Antara penambahbaikan terhadap subjek ini yang boleh dilaksanakan oleh pensyarah atau pihak sekolah adalah:
Memberi lebih banyak kajian kes atau latihan pengukuhan.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara kajian kes atau latihan yang menunjukkan kaitanya dengan konsep dan prinsip ekonomi perlu diutamakan. Melalui kaedah pengajaran ini, mahasiswa dan mahasiswi dapat mengetahui dan meningkatkan pengetahuan secara lebih mendalam dan mereka dikehendaki mengambil bahagian secara aktif dalam situasi ekonomi tertentu. Oleh itu, pensyarah harus menyediakan kajian kes dan latihan pengukuhan yang berbeza-beza supaya pelajar tidak tiru-meniru. Hal ini kerana sebahagian pelajar akan mengambil kesempatan untuk meniru jawapan dengan kawan mereka yang telah mengambil subjek tersebut terlebih dahulu.

Soalan kajian kes dan latihan pengukuhan yang berbeza dapat mengelakan pelajar meniru antara satu sama lain. Ia juga akan membantu pelajar dapat berfikir secara mendalam dan memberi jawapan secara logikal. Pelajar dapat berfikir secara luas di mana berfikir luar daripada minda mereka.
Aktiviti-aktiviti yang lebih praktikal harus lebih diutamakan
Hal ini kerana skop pembelajaran hanya menitikberatkan teori dan menyebabkan pelajar tidak dapat mengaplikasikan isi pengajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, aktiviti-aktiviti seperti menemu-duga dengan syarikat diperlukan supaya pelajar lebih memahami situasi ekonomi yang sebenar seperti jenis perniagaan, konsep permintaan dan penawaran dan sebagainya. Kaedah ini menggalakkan pelajar menganalisis sesuatu situasi atau masalah ekonomi dengan berfikiran secara rasional dan kritis. Pelajar juga dapat memperkembangkan keterampilan mereka melalui aktiviti praktikal.
Seminar atau forum mengenai ekonomi
Tambahan pula, seminar atau forum yang berkaitan dengan subjek ini juga boleh diadakan oleh pensyarah. Pensyarah boleh menjemput profesional-profesional yang pakar dalam bidang ekonomi untuk memberi pandangan mereka kepada pelajar. Mereka boleh memberi ucapan tentang keadaan ekonomi semasa dan cara-cara yang berkesan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka melalui menghadiri dan memahami ucapan yang diberi dalam seminar.
Idea-idea yang disampai oleh profesional membolehkan pelajar menganggap sebagai contoh yang lebih terperinci dalam pembelajaran mereka. Ia juga memudahkan pelajar memahami kandungan dalam subjek mikroekonomi berbanding dengan mereka membaca daripada buku teks.
6.0 Rumusan
Secara kesimpulannya, kami dapat mengkonklusikan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Mikroekonomi ini tumpuan diberikan kepada peranan individe sebagai pengguna, pengeluar dan anggota masyarakat. Oleh itu, pensyarah berperanan untuk mengaitkan pengajaran dan pembelajaran khusus ini dalam tajuk yang sesuai. Kami mencadangkan bahawa pensyarah boleh menggunakan pendekatan kontektual yang lagi berkesan supaya pelajar dapat memahami dan menyedari isu-isu serta kegiatan ekonomi yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka.
Tambahan pula, kita berpendapat bahawa sukatan subjek mikroekonomi adalah dikatakan sesuai dengan kursus yang diceburi oleh pelajar kerana ia bukan sahaja memberikan pendedahan tentang asas-asas ekonomi yang penting, tetapi ia juga memberikan pelajar tentang bayangan yang realistik terhadap ekonomi luar. Sukatan pembelajaran kini bukan sahaja tertumpu terhadap teori tetapi juga tentang keadaan sebenar dunia perniagaan dan ekonomi negara sendiri.
Dalam menghadapi realiti kebolehan dan potensi murid yang berbeza-beza, strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah penting dan ia dapat memberi pengalaman yang bermakna serta mencabar kepada pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara kajian kes perlu dijadikan amalan pengajaran Mikroekonomi. Selain itu, seminar ataupun forum membolehkan pelajar mengemukkan idea-idea dan bertukar-tukar pendapat mahupun aktiviti-aktiviti praktikal membolehkan pelajar mengaplikasikan isi pengajaran mereka dalam kehidupan.
Melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang terancang, pelajar akan memperolehi pemahaman yang kukuh tentang konsep, prinsip dan pengetahuan asas ekonomi. Pelajar juga mampu meguasai pelbagai kemahiran seperti mencari, memahami dan menilai maklumat yang berkaitan dengan ekonomi. Membincang dan menganalisis masalah ekonomi dengan mudah serta membuat keputusan dengan bijak bertanggugjawab dapat ditingkatkan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni dan semangat patriotic dipupuk secara bersepadu. Pengalaman daripada pembelajaran Mikroekonomi boleh memupuk sikai dan nilai positif dalam diri pelajar.

7.0 Rujukan
9 Tujuan mempelajari ilmu ekonomi
HYPERLINK "https://dosenekonomi.com/ilmu-ekonomi/tujuan-mempelajari-ilmu-ekonomi" https://dosenekonomi.com/ilmu-ekonomi/tujuan-mempelajari-ilmu-ekonomi
Bagaimana mata pelajaran ekonomi asas dapat meningkatkan keterampilan pelajar
HYPERLINK "https://www.scribd.com/doc/20877679/Bagaimana-Mata-Pelajaran-Ekonomi-Asas-Dapat-Meningkatkan-Keterampilan-Pelajar" https://www.scribd.com/doc/20877679/Bagaimana-Mata-Pelajaran-Ekonomi-Asas-Dapat-Meningkatkan-Keterampilan-Pelajar
Pengenalan Mikroekonomi
HYPERLINK "https://www.scribd.com/doc/44007144/Bab-1-Pengenalan-mikroekonomi" https://www.scribd.com/doc/44007144/Bab-1-Pengenalan-mikroekonomi
Manfaat Ekonomi Mikro
HYPERLINK "https://dosenekonomi.com/ilmu-ekonomi/manfaat-ekonomi-mikro" https://dosenekonomi.com/ilmu-ekonomi/manfaat-ekonomi-mikro