ISI KANDUNGAN BILANGAN TAJUK MUKA SURAT 1 PENGHARGAAN 2 2 PENGENALAN 3 3 KESANTUNAN BERBAHASA DALAM BENTUK LISAN 3-4 4 KESANTUNAN LISAN DALAM BENTUK PENULISAN 4 5 ISU BERKAITAN KESANTUNAN BERBAHASA DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM 5-6 7 RUMUSAN 7 8 BIBLIOGRAFI 8PENGHARGAAN Assalamualaikum w

ISI KANDUNGAN
BILANGAN
TAJUK MUKA SURAT
1 PENGHARGAAN 2
2 PENGENALAN
3
3 KESANTUNAN BERBAHASA DALAM BENTUK LISAN
3-4
4 KESANTUNAN LISAN DALAM BENTUK PENULISAN
4
5 ISU BERKAITAN KESANTUNAN BERBAHASA DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM
5-6
7
RUMUSAN 7
8
BIBLIOGRAFI 8PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.

Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Kesantunan Berbahasa”. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Dr. Hjh Suriany Bt Mohd Noor kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.Sekian, terima kasih.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

KESANTUNAN BERBAHASA
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kesantunan membawa maksud santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti). Kesantunan juga merujuk kepada penggunaan bahasa baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kita tidak boleh menafikan bahasa memainkan peranan penting dalam komunikasi bertulis dan komunikasi khalayak. Dalam konteks ini, persoalan yang sering timbul adalah antara komunikasi lisan dan tulisan yang mana lebih penting. Menurut Vachek(1973)yang telah mengkaji perbezaan antara lisan dan tulisan dan menjelaskan kedua-duanya mempunyai taraf yang sama daripada segi kepentingan.kedua-duanya saling melengkapi dalam situasi tertentu. Pengunaan lisan lebih berkesan manakala dalam situasi yang lain pula, tulisan lebih sesuai digunakan. (Abdull Sukor Shaari, 2003)
KESANTUNAN BERBAHASA DALAM BENTUK LISAN
Kesantunan lisan melibatkan aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman, arahan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan rakan setugas, majikan, menteri-menteri, sultan, dan seumpamanya. Kesantunan lisan melibatkan dua perkara iaitu penggunaan bahasa lisan halus, beradab dan bersopan serta penggunaan bahasa tubuh yang bertatasusila. Kesantunan lisan melibatkan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan yang dapat dilihat secara terus. Hal ini bermakna kesantuna lisan dapat dinilai serta-merta dan menimbulkan kesan yang serta-merta kepada mereka yang terlibat. Sekiranya baik dan santun tutur bahasa orang yang bercakap, akan baik jugalah budi bahasa orang yang dilawan bercakap. (Dr. Nazariyah Sani, 2015)
Komunikasi secara lisan terdapat dalam dua bentuk iaitu rasmi atau formal seperti mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato dan tidak rasmi atau tidak formal iaitu perbualan telefon, perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri dan lain-lain. Dalam semua suasana urusan rasmi, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi iaitu ragam yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa yang baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat hendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. Dalam suasana urusan tidak rasmi pula sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa. Dalam keadaan ini lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti ‘cik’ atau ‘saudari’, ‘encik’ dan ‘saudara’. Dengan ini, matlamat kita untuk sentiasa bersantun dengan orang lain akan tercapai tidak kira di mana-mana sahaja.( HYPERLINK “http://gsb1012kumpulan1.blogspot.com/2015/09/kuliah-7-kesantunan-lisan-dan-penulisan.html” http://gsb1012kumpulan1.blogspot.com/2015/09/kuliah-7-kesantunan-lisan-dan-penulisan.html, 10 Ogos 2018)
KESANTUNAN BERBAHASA DALAM PENULISAN
Penulisan melibatkan kegiatan merakamkan pendapat, idea dalam bentuk lambing-lambang tulisan untuk dibaca oleh khalayak. Penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. . (Dr. Nazariyah Sani, 2015)
Kesantunan penulisan dalam bentuk formal dapat dilihat menerusi memo, minit mesyuarat, laporan, surat rasmi, kertas kerja dan seumpamanya. Selain itu, kesantunan penulisan dalam bentuk tidak formal dapat dilihat menerusi surat tidak rasmi kepada rakan-rakan, ibu bapa dan lain-lain. Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti penggunaan kata panggilan kata yang betul, kata sapaan yang betul, gaya bahasa yang tepat, pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks serta tidak menyentuh isu yang sensitif. (http://gsb1012kumpulan1.blogspot.com/2015/09/kuliah-7-kesantunan-lisan-dan-penulisan.html, 12 Ogos 2018)
ISU BERKAITAN KESANTUNAN BERBAHASA DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM
Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum. Negara kita mempunyai kaum Melayu terutamanya di samping kaum Cina, India dan kaum-kaum lain yang wujud di Sabah dan Sarawak mempunyai kesantunan berbahasa mereka yang tersendiri. Tingginya darjat sesuatu kaum tersebut dapat kita lihat melalui kesantunan berbahasa mereka dengan orang lain. Kesantunan berbahasa dalam masyarakat berbilang kaum dapat kita lihat dalam pelbagai situasi, peristiwa dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, dalam isu parlimen terutamanya yang melibatkan pelbagai kaum untuk berbahas tentang isu ataupun masalah negara.Tidak ketinggalan juga dalam isu pendidikan, negara kita mempunyai pelbagai jenis sekolah sebagai contoh sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan banyak lagi. Dengan wujudnya pelbagai jenis sekoah ini, automatik kerjaya sebagai guru dalam pelbagai kaum turut wujud. Hal ini kerana kerjaya sebagai guru tidak mengira kaum dan mendidik murid yang mempunyai pelbagai kaum. Sebagai contoh, guru dari kaum Melayu tidak semestinya hadnya mengajar pelajar yang berlatar belakangkan kaum Melayu, malah ada sahaja yang mengajar pelajar dari kaum yang lain dan begitul jugalah sebaliknya. Dengan ini maka akan wujudlah pelbagai isu kesantunan dari pelbagai aspek.

Seorang guru mestilah mempunyai kesantunan yang baik dari aspek tingkah laku sebagai contoh dari segi pemakaian. Menurut Peraturan Tatatertib dan Kelakuan bagi penjawat awam, guru tidak boleh berpakaian yang merangsang pelajar terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian jarang, menampakkan bahagian badan, pakaian yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi. Guru yang berkaum Melayu sudah semestinya berpakaian yang menutup aurat dan sopan. Namun, pada era sekarang, ada sahaja guru yang berpakaian tidak mematuhi Peraturan Tatatertib dan Kelakuan. Jadi, perkara sebegini semestinya tidak elok untuk dijadikan contoh lebih-lebih lagi sebagai pendidik kepada murid-murid kita.
Selain itu, dari aspek kesantunan tingkah laku, gerak-geri guru ketika meghadapi situasi tertentu amatlah diperhati tidak kira oeh murid sendiri mahupun pihak atasan. Contohnya, apabila berurusan dengan ibu bapa guru mestilah melayan ibu bapa dengan baik. Dari aspek ini, kerjaya guru yang lahir dari pelbagai kaum tidak semestinya melayan baik ibu bapa yang sama kaum dengan mereka malah perlulah melayan bai dengan semua ibu bapa dari pelbagai kaum. Sewaktu di dalam kelas pula, guru perlu menunjukkan kesantunan yang baik di hadapan pelajar contohnya tidak sentiasa berada dengan gajet. Hal ini boleh menyebabkan pelajar terikut-ikut dengan tingkah laku guru tersebut. Oleh sebab itu, tingkah laku guru akan menjadi model kepada anak didik mereka.

Di samping itu, aspek yang paling penting dalam isu pendidikan ialah kesantunan berkomunikasi. Aspek ini perlu dititik beratkan dalam kerjaya guru kerana ia akan mempengaruhi anak didik kelak. Sebagai contoh, guru perlu mengambil norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja. Malah, dalam hidup mendidik berbilang kaum ini, guru perlulah memahami cara berkomunikasi yang betul sesuatu kaum tersebut. Hal ini dikhuatiri jika guru tersalah mengeluarkan kata-kata mahupun isu yang tidak sesuai akan menimbulkan ketidakselesaan anak didik mereka. Selain itu, cara bahasa guru harus sesuai dalam berkomunikasi. Oleh itu guru perlulah menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.Justeru itu, dengan mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, kerjaya guru akan digolongkan sebagai ahli masyarakat yang peramah, bertimbang rasa, berfikiran positif, mengamalkan sikap toleransi, bersopan santun, jujur dengan tetamu, bermoral dan baik hati. Ini secara tidak langsung kita akan mengekalkan peribadi yang mulia sekaligus menonjolkan peribadi bangsa yang lemah lembut dan tinggi peradaban. Penggunaan bahasa Melayu yang santun dikaitkan dengan tanggapan dan konsep ‘reti bahasa’. Kata pepatah Melayu, “Yang tua dihormati, yang muda disayangi”. Dengan lahirnya guru yang mempunyai kesantunan yang tinggi, akan lahir jualah anak didik yang tinggi kesantunan mereka.( HYPERLINK “http://haisyura.blogspot.com/2015/12/kesantunan-bahasa.html” http://haisyura.blogspot.com/2015/12/kesantunan-bahasa.html, 11 Ogos 2018)
5.0 KESIMPULAN
Kesantunan bahasa telah merangkumi bahasa verbal, bahasa nonverbal, kesantunan lisan dan kesantunan penulisan. Kesantunan Bahasa sangat diberi perhatian dalam masyarakat Melayu. Mereka perlu menggunakan kata-kata atau perlakuan yang sesuai, tidak menimbulkan konflik, sentiasa menjaga air muka pendengar, ikhlas dan merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan khalik. Dalam komunikasi lisan, penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengari dan dilihat serta-merta. Dari segi Bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan, suara dan intonasi yang sopan, pemilihan kata dan ayat yang sopan dan lain-lain. Aspek-aspek ini juga sama seperti kesantunan penulisan. Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, kesantunan dalam berbahasa itu sangat penting bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesama insan pelbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dalam kalangan masyarakat.
BIBLIOGRAFI
Buku
BIBLIOGRAPHY Sani, D. N. (2015). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn Bhd.

Shaari, A. S. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang: PTS Publications & Distributor dn Bhd.

Internet
http://gsb1012kumpulan1.blogspot.com/2015/09/kuliah-7-kesantunan-lisan-dan-penulisan.html, 10 Ogos 2018
http://haisyura.blogspot.com/2015/12/kesantunan-bahasa.html, 11 Ogos 2018

x

Hi!
I'm Elaine!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out