GGGB6013 terhadap aspek psikologi dalam kalangan remaja ibu

GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN I
SEMESTER II SESI AKADEMIK 2017/2018

TUGASAN INDIVIDU: TUGASAN 2

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!

order now

TAJUK: REMAJA MANGSA PERCERAIAN DAN KEPERLUAN
KAUNSELING

NAMA: MUHAMMAD IMAN HAFEEZ BIN MUKHATAR
NO.MATRIK: P94190
PROGRAM: SARJANA PENDIDIKAN
PENGKHUSUSAN: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PENSYARAH: DR. AZLIN NORHAINI BT MANSOR

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Dalam membincangkan permasalahan yang telah di ketengahkan iaitu hubungan antara
remaja mangsa perceraian dan keperluan kaunseling, kebanyakan kajian-kajian yang lepas adalah
mengenai remaja mangsa perceraian dan terapi kaunseling yang digunakan. Dalam bab ini akan
membicarakan tentang tinjauan kajian lepas berkenaan dengan remaja mangsa perceraian dan
kesan kaunseling yang diberikan.

2.2 Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan Remaja Mangsa Perceraian dan Kesan Kaunseling

Kajian yang dilakukan oleh Nasir et al (2015) iaitu mengenai kesan kaunseling kelompok
berstruktur REBT (Rational Emotive Behavior Therapy) terhadap aspek psikologi dalam kalangan
remaja ibu bapa bercerai. Kajian ini melihat adakah terdapat perhubungan antara kesan kaunseling
kelompok berstruktur REBT itu terhadap aspek psikologi dalam kalangan remaja ibu bapa
bercerai. Kajian ini menggunakan eksperimen kuasi yang bertujuan untuk mengukur kesan Modul
Kaunseling Kelompok Berstruktur REBT terhadap Kesedihan (SED), Kebimbangan (BIM),
Tekanan (TEK) dan Kemurungan (KMR) berdasarkan skor pra dan posujian dalam kalangan
remaja ibu bapa bercerai. Bagi melihat kesan-kesan emosi tersebut, data dikumpul menggunakan
Inventori Remaja Ibu Bapa Bercerai (IRIBB) yang mempunyai nilai kesahan .78 dan nilai

kebolehpercayaan .938. kajian Hasil kajian ini didapati bahawa Modul Kaunseling Kelompok
Berstruktur REBT berkesan menurunkan pemboleh ubah psikologi SED, BIM, TEK dan KMR.
Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat kesan jantina iaitu lelaki dan perempuan serta kesan
peringkat persekolahan menengah iaitu menengah rendah dan menengah atas terhadap rawatan
kepada semua pemboleh ubah.

Afiti Basri (2015) telah menjalankan kajian mengenai kesan kaunseling kelompok teori
pilihan terapi realiti terhadap aspek psikologi pelajar ibu bapa bercerai. Kajian ini bertujuan untuk
mengukur kesan kaunseling kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti terhadap kemurungan,
kebimbangan, kelansangan, motivasi pencapaian dan persepsi negatif terhadap ibu bapa bercerai.
Satu kajian telah dijalankan dengan kaedah eksperimen kuasi dengan pra ujian dan pos ujian
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan digunakan dalam kajian ini. Seramai 30 orang pelajar
tingkatan 1 dan 2 dari sebuah sekolah di negeri Selangor yang dipilih secara persampelan bertujuan
serta diagihkan secara rawak kepada kumpulan rawatan (20 subjek) dan kumpulan kawalan (10
subjek). Hasil kajian itu menunjukkan kaunseling kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti berkesan
secara signifikan terhadap kebimbangan, kelangsangan, kemurungan, motivasi pencapaian dan
persepsi negatif terhadap ibu bapa dalam kalangan kumpulan rawatan berbanding kumpulan
kawalan. Daripada kajian tersebut, kaunseling kelompok tersebut didapati berkesan untuk
membantu menangani masalah psikologi remaja ibu bapa bercerai.

Myron et.al (2016) telah menjalankan kajian mengenai pendedahan kepada pemisahan ibu
bapa pada zaman kanak-kanak dan kemudian kualiti keibubapaan sebagai orang dewasa: bukti dari
kajian longitudinal 30 tahun. Kajian ini bertujuan untuk memperluas kesusasteraan ini dengan
mengkaji perhubungan antara pendedahan kanak-kanak kepada pemisahan atau perceraian ibu
bapa dan kemudian tingkah laku keibubapaan sebagai orang dewasa dalam kumpulan kelahiran
New Zealand. Data diambil dari Kajian Kesihatan dan Pembangunan Christchurch (CHDS), kajian
longitudinal kelahiran sebanyak 1,265 kanak-kanak yang lahir pada tahun 1977 di Christchurch,
New Zealand. 30 tahun seterusnya, semua anggota kumpulan yang menjadi ibu bapa (biologi atau
bukan biologi) dinilai beberapa dimensi keibubapaan iaitu sensitiviti, kehangatan, berlebihan,
tidak konsisten, kualiti pengurusan kanak-kanak, dan hukuman fizikal. Hasil kajian menunjukkan

bahawa pendedahan kepada pemisahan ibu bapa yang lebih kerap di zaman kanak-kanak dan
remaja dikaitkan dengan kepekaan ibu bapa yang lebih rendah, lebih berlebihan, dan peningkatan
penggunaan hukuman fizikal sebagai ibu bapa, selepas mengawal untuk pelbagai keluarga sosio –
ekonomi dan faktor psikososial, dan ciri-ciri kanak-kanak individu.

Hajar et.al (2016) telah menjalankan kajian mengenai daya tahan belia dengan pengaruh
hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan. Kajian tersebut bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam elemen pelindung luaran iaitu hubungan perapatan dalam insititusi
kekeluargaan yang menyumbang kepada pembinaan daya tahan belia dalam kalangan usahawan
lepasan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Kuala Lumpur. Kajian yang berbentuk kajian
kualitatif generik itu berpandukan kajian fenomologi dengan menggunakan kaedah pengumpulan
data temu bual secara mendalam dan separa berstruktur, kaedah pemerhatian dan analisis
dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan
yang melibatkan aspek sokongan daripada ibu bapa, adik-beradik, keluarga besar (extended family)
dan pasangan menyumbang kepada pembinaan daya tahan belia. Pembinaan daya tahan ini
membolehkan para informan berupaya membangun dengan positif dan mengubah status sosio-
ekonomi melalui perniagaan dalam bidang kemahiran.

Norhayati dan Zaidah (2016) telah menjalankan kajian mengenai remaja daripada ibu bapa
yang bercerai di Malaysia dengan suatu penelitian ekspresi emosi. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti jenis emosi dan pengurusan emosi remaja mengikut gender dikalangan remaja yang
mengalami krisis keluarga bercerai. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk temu
bual mendalam untuk melihat jenis emosi yang dirasai disebabkan oleh faktor pencetus dan
pengurusan emosi dengan melihat faktor budaya. Seramai sepuluh orang pelajar menjadi informan
dalam kajian ini iaitu lima lelaki dan lima perempuan. Hasil kajian ini mendapati remaja
perempuan lebih terdorong dengan emosi positif seperti emosi sayang. Manakala informan lelaki
lebih terdorong dengan emosi negatif iaitu benci dan marah. Secara amnya, remaja-remaja dalam
kajian ini menguruskan emosi dengan mendapatkan bantuan dari ibu, rakan-rakan dan kaunselor.

2.3 Kerangka Konsep Kajian

Emosi
? Emosi Positif
? Emosi Negatif
Keperluan
kaunseling
Demografi
? Jantina
? Pendidikan

RUJUKAN

Mohamad Nasir Bistamam et.al (2015). Kesan Kaunseling Kelompok Berstruktur REBT Terhadap
Aspek Psikologi Dalam Kalangan Remaja Ibu Bapa Bercerai. Jabatan Psikologi dan
Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI.
Myron D.F et.al (2016). Exposure to parental separation in childhood and later parenting quality
as an adult: evidence from a 30-year longitudinal study. Journal of Child Psychology and
Psychiatry.
Nor Afiti (2015). Kesan Kaunseling Kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti Terhadap Aspek
Psikologi Pelajar Ibu Bapa Bercerai. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
UPSI.
Norhayati Zulkefli & Zaidah Mustapha (2016). Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di
Malaysia: Suatu penelitian ekspresi emosi. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of
Society and Space 12 Issue 9 (150-160).
Siti Hajar et.al (2016). Daya Tahan Belia: Pengaruh Hubungan Perapatan Dalam Institusi
Kekeluargaan. Special Issue 2 (October 2016) 160-172, ISSN: 1823-884x

x

Hi!
I'm Mary!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out