1.0Permasalahan penderitaan tersebut dihentikan. Oleh itu, kebanyakan Persatuan

1.0Permasalahan Kajian
Konflik etnik di Myanmar telah menjadi satu isu selepas Myanmar memperoleh kemerdekaannya daripada Britain. Konflik tersebut melibatkan kebanyakan minoriti etnik di Myanmar. Hal ini kerana Myanmar mengamalkan ideologi nasionalisme dan mengabaikan kepentingan serta hak minoriti etnik sebagai rakyat di Myanmar CITATION Abu08 l 2052 (Ahmad, 2008). Konflik etnik di Myanmar telah membawa banyak masalah kepada negara-negara Asiat Tenggara. Kebanyakan etnik Rohingya telah melarikan ke negara seperti Bangladesh, Myanmar, India, Malaysia dan lain-lain. Antaranya Malaysia mempunyai bilangan etnik Rohingya yang tinggi. Kerajaan Malaysia telah menerima sebanyak 62,153 golongan pelarian CITATION ND17 l 2052 (N.D., 2017).
Malaysia merupakan salah satu negara amat memberi perhentian kepada isu etnik Rohingya. Perdana Menteri Malaysia memperjuangkan isu Rohingya di Myanmar supaya penderitaan tersebut dihentikan. Oleh itu, kebanyakan Persatuan bukan kerajaan (NGO) turut membantu golongan pelarian dengan menderma baju dan membekalkan makanan kepada mereka. “Humanitarian Care Malaysia (MyCare)” merupakan salah satu pertubuhan bukan kerajaan memberi bantuan perubatan kepada golongan pelarianCITATION Hai17 l 2052 (Jalil &Haikal, 2017). Hal ini kerana pembantuan yang diberi oleh Malaysia kepada golongan pelarian telah menyebabkan lebih ramai etnik Rohingya datang ke sini. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa Menteri tidak bersetuju kedatangan Rohingya datang ke Malaysia. Hal ini kerana bilangan Rohingya terlalu ramai dan kerajaan tidak mampu menyediakan tempat kediaman yang mencukupi kepada mereka CITATION Nd15 l 2052 (N.d., 2015).
Kehidupan Rohingya boleh dikatakan lebih aman dan selamat selepas datang ke Malaysia. Golongan Rohingya ditindas oleh anggota tentera Myanmar semasa mereka tinggal di Myanmar. Mereka terpaksa menjadi buruh paksa untuk membina jalan raya dan kem tentera. Selain itu, Rohingya juga dirampas harta benda, dirogol, dipukul dan lain-lain kerana tentera tidak suka mereka CITATION Abu08 l 2052 (Ahmad, 2008). Walaubagaimanapun, “Rohingya Society Malaysia (RSM)” telah ditubuhkan pada 2010 dan banyak membantu mereka dari segi pendidikan kanak-kanak, pemakanan, kesihatan dan lain-lain. Walaubagaimanapun, golongan pelaraian ini masih tetap mengalami cabaran selepas tinggal di Malaysia. Oleh itu, corak kehidupan Rohingya telah berubah apabila bermaustin di Malaysia.
1.1Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah mengkaji corak kehidupan Rohingya di Selangor, Malaysia.

1.2Persoalan Kajian
Kajian bertujuan untuk mengkaji apakah latar belakang dan faktor Rohingya datang ke Malaysia. Persoalan Kajian kedua adalah menganalisis apakah padangan penduduk Selangor terhadap kedatangan Rohingya ke Malaysia. Persoalan kajian ketiga adalah mengkaji apakah corak kehidupan mereka di Malaysia.
1.3Objektif Kajian
Objektif Kajian yang pertama adalah mengkaji sejarah dan faktor Rohingya datang
ke Malaysia.

Objektif kajian kedua adalah menganalisis perspektif penduduk Selangor terhadap kedatangan Rohingya ke Malaysia.

Objektif kajian ketiga adalah mengkaji kehidupan Rohingya selepas datang ke Malaysia.

1.4 Skop Kajian
Kajian ini memberikan tumpuan kepada Rohingya yang tinggal di Selangor. Oleh itu, beberapa Kawasan yang telah dipilih untuk membuat kajian ini iaitu Madrasah Rahmaniyah Persatuan Ibu Bapa Rohingya di Klang, Selangor dan “Rohingya Society Malaysia” di Kuala Lumpur. Pengkaji memilih kedua-dua Kawasan tersebut kerana mudah memperolehi maklumat. Kajian ini juga memberikan tumpuan kepada penduduk di Selangor untuk memperolehi pandangan mereka terhadap kedatangan Rohingya ke Selangor.
1.5Kaedah Kajian
Kaedah-kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah kaedah Kuanlitatif
1.5.1Kajian perpustakaan
Pengkaji akan menggunakan kajian perpustakaan sebagai kaedah utama dalam kajian ini. Pengkaji akan mendapat maklumat tentang sejarah dan latar belakang Rohingya di Myanmar. Di samping itu, pengkaji juga boleh memperoleh maklumat tentang “Rohingya Society Malaysia (RSM)” lebih lanjut. Oleh itu, maklumat yang diperoleh boleh membantu pengkaji dalam persediaan sebelum meneruskan kajian di Kawasan lapangan.

Kajian perpustakaan bukan sahaja dapat membantu pengkaji memperoleh maklumat dan data, malah kajian perpustakaan dapat membantu pengkaji untuk mengembangkan idea. Pengkaji akan menggunakan bahan-bahan seperti artikel jurnal, buku, majalah, tesis dan surat khabar di perpustakaan.

Oleh itu, pengkaji telah memilih Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Za’ba dan Perpustakaan Awam Negara Malaysia untuk menjalankan kajian ini. Pengkaji juga akan menjalankan kajian di bilik sumber jabatan Asia Tenggara untuk memperoleh maklumat.
1.5.2Kaedah Temu Bual
Pengkaji akan menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan mendalam. Kaedah ini melibatkan temu bual antara pengkaji dengan beberapa orang responden yang terdiri daripada pelajar dan penduduk di Selangor untuk memperoleh maklumat terutamanya pandangan mereka terhadap kedatangan Rohingya ke Selangor. Pengkaji juga akan melakukan temu bual dengan pihak “Rohingya Society Malaysia (RSM)” bagi mendapatkan maklumat tentang cara organisasi membantu Rohingya dari segi keperluan harian. Pengkaji juga akan menemu bual dengan responden terdiri daripada beberapa orang Rohingya untuk mendapatkan maklumat pengalaman mereka semasa di Myanmar. Kaedah temu bual ini dapat membantu pengkaji mendapatkan sejarah dan latar belakang Rohingya lebih lanjut.
1.5.3Kaedah pemerhatian
Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian untuk memperoleh maklumat tentang corak kehidupan Rohingya di Selangor. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah ini di Madrasah Rahmaniyah Persatuan Ibu Bapa Rohingya untuk mengetahui apakah aktiviti tersebut dijalankan di Madrasah tersebut.
1.5.4Soal Selidik
Pengkaji juga akan mengagihkan soal selidik kepada penduduk di Selangor untuk mendapatkan pandangan mereka. Pengkaji akan mengagihkan soal selidik kepada responden sebanyak 50 orang. Soal Selidik boleh membantu pengkaji mendapatkan maklumat yang ingin diperoleh.
1.6Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah memperbanyakkan koleksi kajian dari segi pelbagai aspek. Penambahan koleksi kajian ini dapat memudahkan pengkaji lain untuk membuat kajian tentanf Rohingya. Kajian ini turut membantu Persatuan Bukan Kerajaan lebiih mengetahui apa aspek kehidupan Rohingya perlu dibantu. Hal ini kerana pengkaji akan menbuat kajian tetang corak kehidupan mereka. Kerajaan juga boleh merancang dasar yang sesuai kepada golongan pelarian berdasarkan corak kehidupan untuk membantu mereka dapat hidup yang senang di Malaysia.
Selain itu, Kajian ini adalah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu Rohingya. Kebanyakkan masyarakat tidak mengetahui isu pelarian di Malaysia menyebabkan golongan tersebut menghadapi cabaran hidup di Malaysia. Kekurangan maklumat tentang Rohingya juga menyebabkan masyarakat tidak memberi tumpuan kepada Rohingya. Dengan kajian ini, masyarakat akan memberi bantuan kepada Rohingya yang datang ke Malaysia. Persatuan bukan Kerajaan juga senang dapat sukarelawan untuk membantu Rohingya kerana masyarakat telah sedar bahawa isu ini perlu diselesaikan. Keperluan hidup Rohingya juga tidak akan merasa susah kerana masyarakat akan menderma barang keperluan harian selepas memahami golongan pelarian ini mengalami keadaan yang susah.
1.7Masalah Kajian
Semasa kajian dijalankan, pengkaji mengalami beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Masalah pertama yang dihadapi adalah kekurangan sumber maklumat dan bahan bacaaan. Hal ini kerana maklumat yang terdapat di dalam buku, jurnal artikel, surat khabar boleh diperoleh di perpustakaan awam dan bilangan yang terhad. Maklumat yang terdapat di laman sesawang juga sukar diakses secara percuma disebabkan perlu membeli maklumat tersebut. Selain itu, buku yang dipinjam daripada perpustakan telah hilang beberapa muka surat disebabkan buku tersebut terlalu lama. Oleh itu, pengkaji sukar untuk mendapatkan maklumat yang penting.
Selain itu, pengkaji juga menghadapi masalah kerjasama dengan responden. Sesetengah responden terutamanya daripada Rohingya gagal menjawab soalan kerana responden tersebut tidak memahami Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Responden sibuk dan tidak dapat meberikan kerjasama kepada pengkaji, Selain itu, responden tidak menumpu perhatian semasa pengkaji menanya soalan. Oleh itu, pengkaji menghadapi cabaran untuk mendapatkan maklumat yang penting.
Pengkaji juga mempunyai kekangan masa. Hal ini kerana pengkaji mempunyai aktiviti-aktiviti dan kerja lain yang menuntu masa yang banyak. Oleh itu, pengkaji tidak boleh memberi masa yang sepenuh untuk kajian ini.
1.8Kajian-Kajian Terdahulu
Bab buku bertajuk “Rohingya dan Konflik Etnik di Akaran” daripada buku bertajuk Konflik Dunia Abad Ke-20 yang ditulis oleh Abu Talib Ahmad (2008). Bab buku ini menghuraikan isu berkaitan orang Rohingya dari aspek hubungan etnik di Arakan sejak 1948 sehingga 1993. Ahmad menerangkan secara jelas bahawa masalah etnik di Myanmar bermula pada tahun 1920 iaitu pada zaman kemelestan ekonomi. Orang Rohingya bergiat dalam bidang peruncitan dan perdagangan telah menimbulkan Arakan tidak puas hati khususnya ketika kemelesetan ekonomi melanda. Kerajaan juga mengaibaikan kemiskinan orang Rohingya dan kerajaan menumpukan perhatian puak Arakan sahaja. Pengkaji dapat mengetahui apa faktor meyebabkan orang Rohingya lari ke luar negara. Pelarian mereka disebabkan hubungan antara mereka dengan kerajaan sangat teruk.
Artikel Jurnal yang bertajuk “Pelarian Rohingya dan Isu-Isu Kontempori di Malaysia” ditulis oleh Intan Suria Hamzah, Sity Daud, Nor Azizan Idris (2016) yang menjelaskan punca etnik Rohingya sebagai golongan pelarian dan cabaran yang mereka menghadapi di Malaysia. Penulis menerangkan Malaysia sebagai negara pesat membangun, poltik yang stabil dan mempunyai masyarakat majoriti Islam. Malaysia telah menarik perhatian banyak migrasi pendatang asing tanpa izin. Artikel turut menjawab persoalan mengenai corak hidup Rohingya di Malaysia.
Kertas kerja bertajuk “Penganiayaan dan Pencabulan Hak Asasi Masyarakat Rohingya oleh Institusi Kerajaan: Sebuah Konseptual Analysis” yang ditulis oleh Prof Datuk Abdul Halim Sidek, Dr Yohan Kurniawan dan Prof Dr Hishamuddin Bin Md Som (2008) mengkaji punca penghapusan kaum Rohingya di Myanmar. Di kertas kerja juga membincangkan kronologi kedudukan kaum Rohingnya dari kerajaan awal hingga Perang dunia. Kertas kajian juga membincangkan bagaimana hak asasi kaum Rohingya semakin merosot. Kertas kerja ini membantu menjawab persoalan kajian pertama pengkaji. Pengkaji boleh mendapat maklumat tentang sejarah Rohingyah.
Artikel bertajuk “Cabaran-cabaran Pelarian Rohingya Muslim: Kajian Kes di Pulau Pinang” ditulis oleh Norazairi Ali (2014) membincang apa masalah golongan ini dihadapai seperti akses kepada kesihatan dan pendidikan selepas menentap di Pulau Pinang. Artikel ini juga membincangkan tentang kaedah yang digunakan untuk mengatasinya. Artikel ini turut membantu saya boleh berkait dengan pe Norazairi, 20rsoalan ketiga iaitu corak kehidupan golongan pelarian di Selangor.
Buku berjudul A Short History of Rohingya and Kamans of Burma dikarang oleh M.A Tahir Ba Tha (1996) dan diterjemahkan oleh A.F.K Jilan(1998). Buku ini menerangkan bagaimana kemunculan etnik Rohingya di Myanmar. Selain itu, buku ini juga menerangkan kebudayaan dan ekonomi etnik Rohingya. Buku ini membantu pengkaji mendapat lebih banyak maklumat tentang latar belakang etnik Rohingya.

Artikel Jurnal bertajuk “Reaksi Dunia dan Peranan PBB dalam Menangani Keganasan terhadap Etnik Muslim Rohingya” ditulis oleh Siti Khalijah Abdul Rahman dan Mohd Nasran Mohamad (2016) yang membincangkan isu keganasan terhadap etnik Rohingya oleh agresif sami di Myanmar. Rohingya telah menghilang hak asasi seseorang manusia dan sentiasa ditindas. Perbincangan ini membolehkan pengkaji menganalisis faktor kedatangan etnik Rohingya ke Malaysia. Artikel Jurnal ini juga membincangkan reaksi PBB dan ASEAN menandatangani masalah-masalah tersebut.
Artikel Jurnal bertajuk “Myanmar’s Rohingya Refugees in Malaysia: Education and the Way Forward” ditulis oleh Hema Letchmana (2013) yang membincang keadaan golongan Rohingya di Thailand, Bangladesh dan Malaysia. Artikel Jurnal ini juga membincang kanak-kanak mempunyai peluang untuk akses pendidikan di Malaysia. Kanak-kanak dapat belajar di madrasah dan kebanyakan cikgu adalah terdiri daripada sukarelawan. Oleh itu, jurnala artikel ini dapat membekal maklumat tentang salah satu corak kehidupan Rohingya selepas tiba di Malaysia.
Artikel Jurnal “Respon Dunia Internasional Terhadap Tragedi Kemanusiaan Rohingya” ditulis oleh Gonda Yumitro (2017). Artikel Jurnal ini memberi maklumat tentang bagaimanakah ASEAN memain peranan dalam menyelesaikan masalah golongan Rohingyah. Artikel Jurnal juga menekankan Thailand dan Malaysia merupakan negara yang paling kuat memperjuangkan isu etnik Rohingya. Oleh itu, pengkaji boleh mendapat maklumat tentang apa tindakan yang telah diambil oleh ASEAN terhadap isu tersebut.
Artikel bertajuk “The Rohingya Muslims in Myanmar: Past, Present, and Future” ditulis oleh Engy Abdelkader (2013). Dalam artikel dibahagikan kepada 5 bahagian Bahagian pertama dan bahagian kedua membincang latar belakang Myanmar dan pembangunan Myanmar sekarang. Bahagian ketiga adalah membincang hak asasi rohinya. Etnik Rohingya ditolak sebagai rakyat Myanmar dan tidak memberi kebebasan beragama terutamanya etnik Rohingya yang menganut Islam. Selain itu, tentera Myanmar memaksa mereka menjadi buruh paksaan dan menderita mereka setiapa hari. Bahagian empat dan lima adalah polisi USA terhadap isu tersebut dan candangan mengatasi masalah pelarian etnik Rohingya. Oleh itu, pengkaji juga menganalisis apa faktor tolakan menyebabkan etnik Rohingya lari ke Malaysia.
Artikel Jurnal bertajuk “The Rohingya Crisis: Impact and Consequences for South Asia” ditulis oleh Didier Chaudet membincangkan Krisis Rohingya tidak dapat dielakkan dan akan memberi kesan kepada perserkitaran Asia Tenggara. Krisis ini akan menjadi satu isu politik terutama kepada India, Bangladesh dan Parkistan. Oleh itu, ASEAN memain peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Artikel bertajuk “Faktor-faktor Penyebab Konflik Etnis Rakhine dan Rohingya di Myanmar Tahun 2012” diterbit oleh Ilmu Hubungan Internasional, FISIP, Universitas Jember (2013). Dalam artikel ini, krisis Rohingya dibahagikan kepada tiga faktor, iaitu faktor ekonomi, politik dan sosiolbudaya. Dalam aspek ekonomi, kerajaan Myanmar menjalankan dasar diskriminasi ekonomi kepada etnik Rohingya. Dalam aspek politik disebabkan ideologi yang esklusif menyebabkan perselisihan faham antara etnik Rakhine dengan Rohingya. Manakala dalam aspek sosiolbudaya, agama Buddhism yang terlampau ingin menghalau penganut agama Islam keluar dari Myanmar. Oleh itu, pengkaji boleh memperoleh maklumat tentang latar belakang etnik Rohingya.
1.9Pembahagian Bab
Pengkaji telah membahagikan projek ilmiah kepada lima bab mengikut topik-topik yang dibincangkan.
Bab pertama merupakan bab pendahuluan kajian. Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan tentang permasalahan kajian, tujuan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, kaedah kajian, kepentingan kajian, masalah kajian, kajian terdahulu dan pembahagian bab
Bab kedua menjelaskan tentang sejarah dan latar belakang Rohingya datang ke Malaysia
Bab tiga membincang pandangan penduduk Selangor terhadap kedatangan Rohingya ke Malaysia
Bab empat akan membicangkan corak kehidupan Rohingya seperti tempat tinggal, pekerjaan , Pendidikan dan lain-lain selepas datang ke Malaysia.

Bab Terakhir atau bab kelima merupakan kesimpulan daripada hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji
Bibliography
BIBLIOGRAPHY Prof Datuk Abdul Halim Sidek, Dr Yohan Kurniawan dan Prof Dr Hishamuddin Bin Md Som. (2012). Penganiayaan dan Pencabulan Hak Asasi Masyarakat Rohingya oleh Institusi Kerajaan: Sebuah Konseptual Analysis.

Abdelkader, E. (2013). The Rohingya Muslims in Myanmar: Past, Present, and Future. OREGON REVIEW OF INTERNATIONAL LAW , 393-406.

Abu Talib Ahmad. (2008). Rohingya dan Konflik Etnik Di Arakan . In A. Z. Ghazali, Konflik Dunia Abad Ke-20 (pp. 100-126). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur .

Didier Chaudet. (2018). The Rohingya Crisis: Impact and Consequences for South Asia. Journal of Current Affairs , 1-17.

Intan Suria ;Hamzah;Sity Daud, Nor Azizan Idris. (2016). Pelarian Rohingya dan isu-isu kontemporari di Malaysia. Malaysian Journal of Society, 11-23.

Jalil;Haikal. (2017, September 27). MyCare latest NGO to assist Rohingya refugees. Retrieved from The Sun Daily : http://www.thesundaily.my/news/2017/09/27/mycare-latest-ngo-assist-rohingya-refugees
Hema Letchmana (2013). Myanmar’s Rohingya Refugees in Malaysia: Education and the Way Forward. Journal of International and Comparative Education, 86-97.

N.D. (2015, May 13). Malaysia tells thousands of Rohingya refugees to ‘go back to your country’. Retrieved from The Guardian: https://www.theguardian.com/world/2015/may/13/malaysia-tells-thousands-of-rohingya-refugees-to-go-back-to-your-country
N.D. (2017, November 13). Seramai 62,153 etnik Rohingya di Malaysia setakat 30 Sept. Retrieved from Astro Awani : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/seramai-62-153-etnik-rohingya-di-malaysia-setakat-30-sept-shahidan-160273
Siti Khalijah Abdul Rahman dan Mohd Nasran Mohamad. (2016). Reaksi Dunia dan Peranan PBB dalam Menangani Keganasan terhadap. ISLAMIYYAT , 165-173.

M.A Tahir Ba Tha (1996). A Short History of Rohingya and Kamans. Chichago: United.

Gonda Yumitro. (2017). Respon Dunia Internasional Terhadap Tragedi Kemanusiaan Rohingya. Jurnal Sospol, 81-100.

x

Hi!
I'm Mary!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out