1. (2%). Negara Myanmar juga mempunyai pembahagian

1. PENGENALAN
Myanmar merupakan sebuah negara sosialis di Asia Tenggara. Sebelum Jun 1989, Myanmar dikenali sebagai Burma. Namarasmi Myanmar merupakan Pyidaungzu Socialist Thamada Myanmar Nuinggandaw (Republik Kesatuan Sosialis Burma). Ibu negara bagi negara Myanmar ialah Yangoon. Myanmar mempunyai keluasan wilayah yang bersaiz 676.578 km2 dan mempunyai seramai 55.746.253 orang penduduk yang dicatatkan pada tahun 2014. Birma adalah bahasa rasmi di Myanmar dan penduduk Myanmar menggunakan mata wang jenis Kyat Myanmar (MMK) dalam kehidupan seharian mereka. Myanmar telah mencapai kemerdekaan oleh United Kingdom pada 4 Januari 1948 dari kekuasaan Inggeris. Suku bangsa yang terdapat di Myanmar terdiri daripada suku Birma adalah majoriti, suku Karen, suku Shan, suku Rakhine, suku Cina, dan juga suku India. Majoriti penduduk Myanmar beragama Buddha (89%), Kristian Baptis, Katolik Roma (1%), penduduk yang beragama Islam (4%), Animis (1%), dan agama lainnya sebanyak (2%). Negara Myanmar juga mempunyai pembahagian wilayah pentadbiran, ianya dibahagi ke dalam 7 bahagian, antara lain: Ayeyarwady, Bago, Magway, Mandalay, Sagaing, Tanintharyi, dan Yangon. Serta 7 negara bahagian, antara lain negara Bahagian Chin, Kachin, Karen, Karenni, Sun, Rakhine, dan Shan yang merupakan nama-nama yang diambil berdasarkan etnik yang ada di negara itu. Negara Myanmar terletak diantara 11°LU – 28°LU dan 92°BT – 100°BT berdasarkan kepada rekod ahli astronomis. Di sebelah Barat, Myanmar bersempadanan dengan Bangladesh, India dan Teluk Benggala, manakala di sebelah Timur menyaksikan Myanmar berada bersempadanan dengan Laos, Thailand, dan Cina. Laut Andaman terletak dipersempadanan bahagian Selatan Myanmar, Negara Cina bersempadan dengan Myanmar dari arah Utara. Kemajuan dalam bidang pertanian, Myanmar juga pernah menjadi negara pengeluar beras yang utama di Asia Tenggara pada suatu masa dahulu dan pada masa kini sebagai negara pengeluar yang keenam. Sehingga kini, hampir 75% penduduk Myanmar menjalankan kegiatan pertanian sebagai pekerjaan utama dan kebanyakan mereka tinggal di desa. Selain daripada menanam padi, teh, tembakau dan sayuran merupakan pertanian yang diusahakan oleh penduduk desa di Myanmar.Yangoon, Pagan dan Penduduk bandar di Myanmar menjalankan kegiatan industri meliputi penyulingan minyak, pembuatan kapal, dan penggilingan beras serta kayu. Negara Myanmar beriklim tropika dan purata suhu adalah 27°c.
Tiga musim yang terdapat di Myanmar adalah
(i) musim hujan,
(ii) musim kemarau yang sejuk dan
(iii) musim kemarau yang panas.
Pemerintahan di Myanmar adalah berbentuk kerajaan Republik. Diketuai seorang pemimpin negara yang dikenali sebagai Presiden. Presiden Myanmar dipilih oleh”electoral college” yang terdiri daripada Pyithu Hluttaw, Amyotha Hluttaw, dan Tatmadaw (tentera). Walaubagaimanapun, pemerintahan tentera berakhir pada tahun 2011, lalu diganti oleh kerajaan awam. Terdapat dua jenis industri pembuatan di Malaysia iaitu yang pertama ialah industri berasaskan sumber. Contoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk perabot dan kertas, industri kimia, industri petrokimia dan pemprosesan getah. Manakala contoh industri bukan berasaskan sumber adalah seperti elektronik, tekstil, pakaian, keluaran bukan logam dan perusahaan membuat jentera/ mesin. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjalankan perniagaan mengeksoprt barangan ke Myanmar sejak beberapa abad yang lalu kerana lokasi laluan perdagangan yang strategik di antara India dan China. Minyak sawit merupakan barangan eksport utama dari Malaysia ke Myanmar sebanyak 53 peratus. Selain daripada kelapa sawit, barangan eksport yang lain seperti kimia dan produk kimia, barangan perkilangan logam serta jentera, perkakasan dan peralatan menyumbang sebanyak 12 peratus, 5.2 peratus dan 4.9 peratus dari jumlah keseluruhan eksport. Berdasarkan peratusan di atas, jelas menunjukkan firma pembuatan mengalami kesukaran mengeksport produk mereka ke Myanmar

2. JENIS RISIKO POLITIK

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!

order now

Risiko politik merujuk kepada cabaran yang ditanggung oleh sesebuah syarikat apabila melabur di negara asing yang mungkin mengalami perubahan politik serta memperkenalkan polisi yang tidak mesra pelaburan. Risiko politik meninggalkan kesan ke atas pertumbuhan dan produktiviti sesebuah syarikat akibat kehilangan peluang perniagaan dan pasaran.

2.1 Pemerintahan Otoriter Myanmar telah berada di bawah kuasa tentera selama hampir 50 tahun. Kuasa tentera Myanmar juga merupakan yang paling lama memerintah berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara lain yang juga sebahagian yang mengalami masalah yang sama dalam sistem pemerintahannya. Kerajaan Tentera Junta Myanmar melakukan pembaharuan kuasa tanpa mengambil kira kemunduran ekonomi yang berlaku dan juga perkembangan pembangunan yang amat perlahan. Sepanjang dibawah pemerintahan Tentera Junta, tindakan kekerasan dan penindasan menjadi asam garam penduduk Myanmar. Banyak larangan yang terjadi dan peraturan yang membuat rejim ini semakin kuat berkuasa, diantara larangannya, lebih daripada lima orang berkumpul tanpa izin dan jika melanggar akan dianggap sebagai suatu pemberontakan dan akan dipenjara. Selain itu juga banyak berlaku gangguan, pemenjaraan lawan politik dan dominasi yang besar terhadap institusi- institusi politik.

2.2 Peralihan Kuasa Kepimpinan/ Pemerintahan Junta (aktivis Myanmar) telah mengambil langkah-langkah pada awal 1990-an untuk membebaskan ekonomi setelah berdekad mengalami kegagalan di bawah “Burmese Way to Socialism,” tetapi usaha tersebut dihalang, dan beberapa tindakan liberalisasi juga ditunda. Sebahagian besar bantuan pembangunan dihalang selepas Junta mula menekan pergerakan demokrasi pada tahun 1988 dan enggan menerima keputusan pilihan raya legilatif pada tahun 1990. Penduduk Myanmar banyak menderita akibat kawalan ketat daripada kerajaan ketika itu, dengan dasar ekomoni yang tidak berkesan, dan kemiskinan dikawasan pedalaman, serta kes kelaparan yang semakin meningkat. Perjuangan rakyat Myanmar dalam demonstrasi terbesar yang tercatat dalam sejarah Myanmar berjaya membuat pemimpin Tentera Junta Jeneral Ne Win mengundurkan pada masa itu. Pengunduran diri dari Jeneral Ne Win menandakan berakhirnya Tentera Junta pada masa itu. Selepas kejatuhan Jeneral Ne Win kepemimpinan diambil alih oleh Jendar Maung Maung yang sama-sama berlatar belakang ketenteraan. Meski begitu dasar Jeneral Maung Maung lebih cendung kepada bersifat demokratik dan hal ini dianggap sebagai sebuah ancaman yang besar bagi kekuasan Tentera Junta.

2.3 Perubahan Peraturan Dasar, Undang-Undang Dan Lain-Lain Sekatan Pemerintahan Peralihan berstatus “care taker” pimpinan tertinggi Than Shwe sejak tahun 1997 yang melaksanakan undang-undang darurat (Martial Law). Sejak kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1948 Myanmar terus menerus berada dalam keadaan atau situasi negara yang tidak menentu seperti terjadinya beberapa rampasan kuasa tentera dalam lima dekad kebelakangan ini, masalah hak asasi manusia (HAM), masalah pertumbuhan ekonomi sehingga masalah kemanusiaan di mana Myanmar terkena taufan Nargis di tahun 2008. Walaupun Myanmar merupakan negara yang mempunyai sumber-sumber alam yang kaya seperti minyak, mineral-mineral serta batu berharga, namun Myanmar merupakan negara dengan tahap pendapatan perkapita yang cukup rendah berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.

2.4 Masalah Etnik
Kepelbagaian etnik di negara Myanmar merupakan halangan kepada kejayaan khususnya dalam membentuk perpaduan. Myanmar mempunyai ramai puak minoriti yang perlu diberi perhatian oleh setiap pemimpin yang menerajui pemerintahan. Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan kekecohan dan ketidakpuasan hati golongan minoriti. Antara puak etnik di Myanmar seperti Karen, Kachin, Shans, Kayah, Chin Mon, Arakan dan lain-lain. Fenomena ini mendorong kepada permasalahan etnik kerana memperjuangkan hak masing-masing.

2.5 Pemberontakan Komunis dan Etnik
Komunis merupakan salah sebuah fahaman yang menular di hampir keseluruhan Asia Tenggara dalam memperjuangkan ideologi dan fahaman dalam kalangan masyarakat. Myanmar antara negara yang telah memperlihatkan campur tangan komunis dalam politik yang akhirnya memberi kesan kepada permasalahan sosial. Parti Komunis Burma telah ditubuhkan yang bermatlamatkan memperjuangkan agenda komunis dalam pemerintahan dan telah mendapat sokongan daripada golongan bawahan yang tertindas seperti petani. Keadaan ini menyebabkan Myanmar mengalami kekacauan dari parti-parti komunis dan pihak pelampau yang selalu sahaja cuba menghasut petani-petani untuk menyebelahi pihak mereka. Dalam perjuangan Parti Komunis Burma atau kemudiannya dikenali sebagai White Flag telah melakukan pemberontakan dan disertai oleh pertubuhan paramilitari iaitu People’s Volunteer Organisation. Di samping itu, akibat daripada penindasan kerana permasalahan rasuah perjuangan komunis dibantu oleh sekumpulan kecil orang Rohingya yang mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Perkara ini dibuktikan melalui Perang Etnik yang telah dilancarkan oleh orang Rohingya yang menggelarkan diri mereka sebagai Mujahid. Selain daripada Perang Etnik, telah berlaku Perang Saudara antara komunis dan Rangoon yang telah mengakibatkan keruntuhan pentadbiran pusat. Pentadbiran yang hampir lumpuh akibat huru-hara yang ditimbulkan oleh masyarakat Myanmar membawa kepada permasalahan sosial yang tidak pernah reda dalam lipatan sejarah Myanmar.

3. JENIS RISIKO EKONOMI

Myanmar mengamalkan sistem ekonomi liberal iaitu sistem ekonomi bergerak ke arah menuju pasaran bebas dan sistem ekonomi berfahaman perdagangan bebas dalam era globalisasi yang bertujuan menghapuskan dasar ekonomi dan dasar perlindungan.

3.1 Dasar Ekonomi Tidak Jelas
Dasar ekonomi di Myanmar dilihat tidak jelas dan terbantut sejak tahun 1997 kerana pengurusan makroekonomi yang buruk, penurunan yang mendadak dalam pelaburan asing, hutang sektor awam yang besar dan sekatan perdagangan yang dibuat serta mengamalkan dasar isolasionis. Setiap aspek kehidupan ekonomi diserap oleh pasaran gelap.Walaupun pendapatan Myanmar pada ketika itu rendah, namun perbelanjaan untuk tujuan pertahaan membeli senjata yang mencecah 40 peratus dianggap sebagai kerugian yang besar. Perbelanjaan yang berkaitan dengan kesihatan dan pendidikan hanyalah kurang daripada 1% GDP. Hal ini mengakibatkan defisit belanjawan yang tinggi. Myanmar tidak mempunyai kestabilan kewangan ataupun fiskal, akibatnya terjadinya ketidakseimbangan makroekonomi termasuk inflasi, kadar pertukaran rasmi berlipat-ganda yang tidak sesuai dengan nilai mata wang Myanmar Kyat.

3.2 Sistem Kastam/ Pengurusan Cukai
Myanmar menyekat kemampuan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukai, dan mengelak cukai meluas. Kadar pertukaran pengurusan yang miskin, dengan nilai pertukaran mata wang rasmi Kyat keterlaluan. Rasuah bersifat endemik di negara yang dulu bernama Burma ini, yang diperintah oleh tentera sejak tahun 1962. Para pegawai rendah sering mengeluh tentang gaji yang rendah atau terpaksa melakukan kegiatan rasuah oleh golongan atasan mereka. Pada tahun 2006, seramai 100 orang pegawai Kastam Myanmar diperintahkan ditahan dalam tindakan membasmi rasuah terbaru di negara yang diperintah tentera pada ketika itu.

3.3 Kadar Pertukaran Mata Wang
Iklim pelaburan yang buruk juga melambatkan arus nilai pertukaran asing.Selain daripada nilai mata wang Kyat, Myanmar juga menggunakan (USD) sebagai mata wang mereka. Kaedah pertukaran mata wang juga tidak tetap di mana berlaku sekiranya data rasmi menggunakan nilai formal, tetapi harga-harga di pasaran menggunakan masih nilai pasaran gelap. Nilai wang yang berganda serta berlakunya dua mata wang memang boleh membuat kekeliruan, bukan hanya orang asing tetapi penduduk tempatan juga merasainya. Kebanjiran Foreign Exchange Certificate (FEC) yang tidak sah disekitar Myanmar kerana penduduk tempatan dan pemerintah berlumba-lumba mengumpul wang (USD).

3.4 Kemiskinan ; Pengangguran
Myanmar adalah salah sebuah negara termiskin di Asia Tenggara dengan pendapatan perkapita (GDP) yang hanya mencapai $80,11 Bilion dan dengan GDP (perkapita USD) $ 1,700. Hasil tersebut adalah dari ladang: 56.4%, industri sebanyak 8.2% dan perkhidmatan sebanyak 35.3%. Kira-kira 25% penduduknya berada di bawah garis kemiskinan dengan tahap pengangguran sebanyak 5%.Myanmar, menderita akibat kawalan ketat daripada kerajaan, dengan dasar ekomoni yang tidak berkesan, dan kemiskinan rural, serta kes kelaparan yang semakin meluas. Berdasarkan kepada populasi yang mencecah kepada 50 juta penduduk, hanya 29 juta sahaja yang berkerja dengan peratusan sebanyak 70peratus berkerja di sector pertanian. Myanmar pernah menjadi pengeksport beras terbesar dengan jumlah 4 juta tan setahun, tetapi dalam empat dekad terakhir jumlah itu terus merosot hingga menjadi 40,000 tan (data tahun 2012). 50% GDP Myanmar adalah dari pertanian, manakala 15% hanya dari GDP industri. Berdasarkan kepada catatan GDP yang direkod, jelas menunjukkan kadar kemiskinan di Myanmar melebihi daripada 10%. Terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara penduduk di Myanmar, di mana golongan yang kaya terus memperoleh kekayaan sedangkan golongan miskin berada di tahap kemiskinan yang teruk.

4. PELUANG EKSPORT

Kerajaan Myanmar melaksanakan pembaharuan secara progresif dan oleh itu ia menjadi kemestian untuk syarikat Malaysia memanfaatkan peluang itu. Perdagangan antara Malaysia dan Myanmar berkembang pesat. Secara keseluruhan, jumlah dagangan antara Malaysia dan Myanmar meningkat 35.9 peratus untuk tiga bulan pertama 2014 berbanding US$208 juta kepada US$ 283 juta. Pada masa yang sama, import Malaysia dari Myanmar bagi tiga bulan pertama berjumlah US$46 juta. Malaysia dan Myanmar sedang menikmati hubungan ekonomi dan kerjasama yang berkembang, dengan perdagangan dan pelaburan menunjukkan aliran meningkat sejak kebelakangan ini. Penduduk seramai 62 juta orang, pasaran Myanmar tidak boleh diketepikan. Pembaharuan ekonomi di Myanmar semakin menjadi enjin sebenar pertumbuhan.
Kerajaan Myanmar memperkenal siri pembaharuan ekonomi, yang menyediakan keyakinan dan peluang yang lebih besar kepada komuniti perniagaan untuk melabur dan memanfaatkan potensi ekonomi Myanmar yang berkembang.
Beberapa produk eksport utama Malaysia ke Myanmar ialah minyak sawit, ditapis produk petroleum, kimia dan produk kimia, makanan diproses dan jentera, perkakasan dan peralatan.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah meningkatkan aktiviti promosi di Myanmar. Beberapa misi khusus perdagangan dan pelaburan juga dijalankan, meliputi minyak dan gas, pembinaan, logistik, pembuatan serta industri perkhidmatan.
Program promosi lain yang akan dianjurkan tahun ini khusus kepada misi pemasaran di industri berkaitan maritim pada Ogos 2014, misi Rentas Sempadan ke Myanmar, Ogos 2014, Pameran Malaysia 2014, Oktober 2014 dan Pameran Perkhidmatan Malaysia 2014, Oktober 2014.
Selain program anjuran MITI dan Matrade, persatuan-persatuan perdagangan dan Industri Malaysia juga menjalankan lawatan promosi ke Myanmar.
Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Myanmar dijangka mencecah RM3 bilion, menjelang akhir tahun, dirangsang oleh pertumbuhan ekonomi menggalakkan yang dicatatkan oleh kedua-dua negara.
Usaha-usaha untuk meliberalkan ekonomi yang diambil oleh kerajaan Myanmar, akan merancakkan dengan ketaranya eksport barangan Malaysia. Barangan dan perkhidmatan antara Malaysia dan Myanmar bernilai RM2.74 bilion tahun lepas. Eksport Malaysia mencatatkan lonjakan 27.3 peratus kepada RM2.17 bilion, sementara import pula berjumlah RM0.57 bilion.
Syarikat-syarikat Malaysia seharusnya lebih agresif dalam mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang meluas yang ada di Myanmar, dan seiring dengan objektif terbaharu negara untuk mengembangkan ekonomi dan meningkatkan penyertaan asing. Myanmar memerlukan jumlah pembangunan infrastruktur yang tinggi. Ini melibatkan pembinaan jalan raya, lebuh raya, lapangan terbang dan bangunan komersial yang lain.

5. RUMUSAN / KESIMPULAN

Politik dan ekonomi adalah saling berkaitan dalam menentukan jatuh bangun sebuah negara. Kebiasaanya ahli politik akan menggunakan isu ekonomi dalam kempen mereka untuk mendapat pengaruh dalam setiap pemilihan.
Malaysia ialah pelabur ketujuh terbesar Myanmar, berjumlah US$1.65 bilion pada 31 Mac 2014, walaupun pelaburan komited lebih tinggi.
Antara sektor yang dilaburkan ialah minyak dan gas, hotel dan pelancongan, ternakan dan perikanan serta pembuatan.
Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya jatuh bangun sesebuah negara yang melibatkan aspek kaitan politik dan ekonomi. Sejak akhir-akhir ini, media sering menyajikan kita dengan pelbagai berita mengenai rusuhan, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah pihak yang menggelarnya sebagai revolusi kebangkitan rakyat dan suara rakyat. Hakikat kebiasaannya, tindakan dan pelaksanaan sebegini berpunca dari perkara yang sama iaitu ketidakstabilan politik yang terjadi di sesebuah negara. Disebabkan keadaan pertumbuhan politik yang tidak sihat, serta persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak adil dan saksama menyebabkan pihak yang terlibat khususnya para pemerintah dan pentadbir mula mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Kesan ketidakstabilan politik amnya terbahagi kepada beberapa bahagian dan klasifikasi iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek terhadap ekonomi dan politik negara itu sendiri serta di peringkat antarabangsa.
Faktor ini telah memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada ketidakstabilan politik dan ia juga mempengaruhi ekonomi sesebuah negara itu. Sekiranya rusuhan yang berlaku adalah melibatkan keganasan dan pertumpahan darah di sesebuah tempat, kegiatan ekonomi khususnya yang melibatkan perniagaan dan perusahaan akan tergendala dan terhenti kerana dua faktor iaitu kekurangan tenaga kerja oleh sebab pekerja mereka terlibat dan kerana faktor keselamatan pengusaha atau peniaga sendiri yang tidak terjamin. Aktiviti ekonomi yang terganggu menyebabkan lebihan penawaran produk atau barang serta perkhidmatan dan sekaligus memperlahankan aliran keluar-masuk wang. Ia akan merugikan peniaga khususnya dan merugikan negara amnya.
Impak-impak untuk jangka masa panjang juga dapat dilihat akibat berlakunya ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara menganggu pertumbuhan ekonomi tersebut disebabkan berlakunya rusuhan, tunjuk perasaan dan sebagainya. Hal yang demikian mencerminkan imej negara yang tidak selamat dan tidak berpotensi dalam ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur dalam negara tersebut.
Kerajaan terpaksa menggunakan kos yang besar bagi menanggung perbelanjaan kesan daripada rusuhan dan tunjuk perasaan seperti menggunakan peruntukan sektor-sektor lain dalam perbelanjaan pembangunan negara dan perbelanjaan mengurus negara secara berlebihan untuk menanggung kos rawatan mangsa atau rakyat yang tercedera serta membaiki kerosakan yang berlaku. Perancangan pembangunan negara akan tergendala dan terganggu. Sekiranya rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku untuk satu tempoh yang panjang, kegiatan ekonomi dalam skop yang lebih luas seperti kegiatan eksport dan import negara akan terganggu dan sekaligus memberi kesan kepada kegiatan ekonomi negara-negara luar yang terlibat dalam kerjasama ekonomi ini. Keadaan ini menjejaskan hubungan baik antara negara.
Ketidakstabilan politik juga akan memberi kesan kepada individu, masyarakat, pihak kerajaan dan peringkat antarabangsa. Pertama, kesan kepada individu yang terlibat akan terdedah kepada risiko besar kecederaan dan kematian. Hal ini akan menyebabkan kegiatan ekonomi dan sosial seseorang akan terganggu dan terjejas juga menyebabkan perkembangan pendididikan akan tergendala. Kedua, kesan kepada masyarakat akan menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat dan membuka ruang kepada permusuhan dan pergaduhan.
Sekiranya ketidakstabilan politik berlaku, implikasi yang terjadi sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan aspek sosial, kebudayaan, politik dan yang terpenting sekali merupakan ekonomi sesebuah negara.

x

Hi!
I'm Mary!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out